Saturday, October 1, 2011

Berniaga mengajarkan aku erti pengorbanan....

Assalamu'alaikum.

8 hari yg lepas adalah masa yg sangat-sangat sukar bagi kami sekeluarga. Kami sekeluarga telah membuka gerai di tapak konvokesyen UTM pada konvokesyen kali ini. Ia merupakan pengalaman yg begitu berharga bagi kami as it is a first time that we decided to enter into this opportunity.


Bagi penggerai lain, mereka telah berpuluh tahun berniaga di situ pada setiap kali konvokesyen yg diadakan dua kali setahun. Tapi lain pula bagi kami yg buat pertama kalinya kami ingin mecari rezeki di situ. Alhamdulillah, Allah telah susun supaya kami dapat merasai perit jerih yg dilalui untuk mencari sesuap rezeki.


Penat yg dirasakan tidak terkata. Nak diluahkan, semua orang merasai perkara yg sama. Bayangkan, malam sebelum pembukaan hari pertama, kami berjaga sehingga pukul 4.30 pg untuk mengemaskan barang-barang untuk persiapan hari esoknya. Kami tidur di khemah yg kami pasang di belakang gerai memandangkan kami perlu menjaga barang peralatan kami agar tidak hilang diambil orang.



Setiap pagi, selepas subuh, kami terus bergegas ke gerai utk mengemas dan persiapkan barang-barang untuk dijual. dan setiap hari juga kami balik pada pukul 2pg setelah siap mengemas untuk ditutup. Penatnya tak terkata. Tapi itulah pengorbanan yg perlu dilakukan untuk mencari sesuap rezeki. Mungkin setiap orang berbeza penat lelahnya dlm mencari rezeki.


Alhamdulillah, kami dikurniakan family yg agak rapat. Hampir semua adik beradik saya menolong di gerai. Kami sangat happy time berniaga. dan orang yg datang juga turut merasa happy melihat kami melayan pelanggan dan mungkin juga melihat keakraban kami adik beradik. Penat yg kami rasakan, kami kongsi bersama. Barulah kami faham, kesusahan dan kepenatan dlm mencari nafkah hidup.

Walaupun keuntungan yg dapat tidak sebanyak dan selumayan orang lain yg lebih berpengalaman dari kami, tapi Alhamdulillah kami syukur seadanya. Mungkin itulah yg telah Allah takdirkan buat kami. Apa-apapun kami banyak menimba pengalaman dari apa yg telah kami lalui.

Wassalam. :)

Ijazah yg mana satu yg kita perlukan?

Assalamu'alaikum.

Lama rasanya tak menulis. Apa-apa pun, tajuk utk kali ni ialah 'Ijazah yg mana satu yg kita perlukan?'...
Baru-baru ni saya mengambil ijazah di majlis konvokesyen UTM kali ke-47..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. dan Alhamdulillah juga saya kini telah bergelar graduan. Bila difikir balik, hanya segulung ijazah sahaja ke yg kita perlukan dlm hidup ni? Kalaulah kita katakan, kita hanya perlukan segulung ijazah di dunia ni, lepas dari terima ijazah, apa pula matlamat kita?


Sepertimana saya berjaya memiliki ijazah, saya juga ingin menempa kejayaan dan memiliki 'ijazah' di akhirat juga..sbb tujuan hidup kita bkn sahaja di dunia malah yg kekal hanyalah kehidupan di akhirat. Tapi layakkah saya mendapat 'ijazah' di akhirat nanti? Semoga apa yg kita lakukan di dunia ni hanyalah utk mendapat keredhaan Allah dan mendapat 'ijazah' darinya utk kita masuk ke syurga-NYA.

Untuk org yg tidak mempunyai matlamat hidup dan tidak percayakan kehidupan akhirat, pola hidup diorang hanyalah sekitar belajar > dapat ijazah > kerja > naik pangkat > rumah besar > kereta besar > then??
Bila semua yg diidamkan dah dapat, apa lagi yg diorang nak dlm hidup ni? Sbb tu ramai org nak realisasikan impian kat dunia ni, diorang sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat diorang tercapai.



Sbb tu Islam ni agama yg cantik..hidup kat dunia ni hanya utk menuai dan di akhirat kelak adalah masa utk kita petik hasilnya.

Kita nak yg mana satu? Fikir-fikirkan!

Thursday, September 15, 2011

Australia, here i am!

Assalamualaikum!

Hmm..nak cite pasal trip ke Australia bulan mei hari tu... Tak sangka pulak dapat jejakkan kaki ke Australia..ceritanya bermula begini:

Mula-mula tak pernah pun terfikir nak pergi join GOP (Global Outreach Program) anjuran UTM..GOP ni program under utm. setiap pelajar diberi peluang utk merasai pengalaman lawatan sambil belajar di luar negara dan diberikan peruntukan sebanyak RM 1000 setiap seorang. So, ramai lar kawan-kawan plus senior yg dah pergi ke merata negara di seluruh dunia.. (ada beberapa negara je yg tidak dijejaki lagi oleh student utm..cewah).

Then.....dgn berbagai cabaran dan halangan yg kami lalui, AKHIRNYA kami ada rezeki utk jejakkan kaki ke bumi Australia. Sampailah kami di sana...

Baru tiba di Perth Airport

Ni bkn nak bercerita ttg trip sgt.. cuma nak ambil pengajaran dari apa yg telah dilalui...kami sampai di sana dalam pukul 5.30pg...tp tu plane baru nak mendarat 5.30pg tu...imigresen kt sna strict sikit, so, masa utk check nnt agak lama..dlm pukul 6 lebih baru semuanya dah selesai...subuh kat sana cepat. 

Kalau kita nak betul2 kenal dgn seseorang, kita kena buat 3 perkara bersama:
1. Musafir bersama
2. Tidur bersama
3. Makan bersama



Dari situlah saya mengenali mereka.........

Kalau orang yg alert ttg solat, mesti akan tertanya bila waktu solat subuh, kat mana nak solat, sempat ke nak solat kat hotel dan sebagainya....dan mereka akan buat preparation spt nk search arah kiblat ke, nak search waktu solat di sana ke....tapi sgt sedih, takde siapa pun yg ada buat benda ni kecuali kami berdua (saya dan kawan saya)...bukan nak ckp besar/riak tp tu lah realiti masyarakat kita sekarang..

Sampai sahaja di sana, sepatutnya kena solat subuh dulu...Saya tanya lar kawan2 yg lain, dh solat ke belum dan nak solat kat mana...lecturer dh beritahu awal2 utk solat dlm plane je tp diorang tak solat pun...sgt sedih bila diorang tak kesah pun! Bila tanya, semua buat mcm tak tau je.

Solat tiang agama. Sesiapa yg tidak mendirikan solat, runtuhlah tiang agamanya.


dan.....sampailah habis waktu, semua tak solat pun! (kecuali beberapa org, dlm 2 org jer kot)

Masa tu, rasa mcm takut sgt kalaulah Allah nak turunkan bala kat group kami..Nauzubillah.
Kalau kat bilik, mana lar kita tau dia solat ke tak, apa yg dia buat dan sebagainya. Tapi bila tgk depan mata org yg tak solat, rasa mcm berdosa sekali!

Ingatlah, perkara pertama yg akan dihisab ialah solat kita. Sempurna ke solat kita? Khusyu' ke solat kita? takut2 amalan kita yg lain tak diterima Allah. Solat yg dibuat 5kali sehari pun belum tentu diterima Allah apatah lagi yg tak solat langsung...

Trip yg asalnya best tapi dikotori dgn orang tidak kisah pasal solat....

Caversham Wildlife Park

Bila nak balik, kami kena solat subuh di airport (kt sana mana lar ada surau). Kami solat je di ceruk2 tiang. Time ni, saya memang betul2 suruh semua pergi solat..mcm marah pun ada saya suruh. cuma ada la 2 orang yg memang taknak..siap jawap "takpe, aku solat kat Malaysia nanti"....apakah?

Kubur asing2 tapi kita tetap akan dipertanggungjawabkan kalau kita tidak mengajak/menegur org yg melakukan maksiat kpd Allah. Nauzubillah.


Istikharah

Assalamualaikum..

Semua orang mesti selalu dgr tentang solat istikharah kan? tapi kebanyakan dari kita selalu salah anggap yg istikharah ni hanya apabila nak pilih jodoh. Sebenarnya, solat istikharah ni luas fungsinya. Jom kita tengok antara contoh bila perlunya kita solat istikharah:

1. Amanina dah pun menamatkan pengajiannya di salah sebuah IPTA. Setelah tamat pengajian, dia berhasrat utk  melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi. Dia berbelah bahagi nak sambung atau tidak memandangkan keadaan keluarganya yg tidak berkemampuan dan memerlukan Amanina menanggung segala perbelanjaan keluarga. Apa patut Amanina buat? >istikharah utk meminta pilihan terbaik sama ada nak sambung pelajaran atau kerja


2. Halina telah lama memendam perasaan pada Amin dan perkara ini tidak pernah diluahkan kpd keluarganya . Satu hari rombongan meminang dari keluarga jirannya dtg utk meminang Halina. Dia serba salah memandangkan dia takde perasaan langsung terhadap jirannya itu.....Apa yg patut Halina lakukan? >istikharah supaya diberi pilihan yg terbaik kepadanya

Nikah connecting people~

3. Kamal akan menghadapi peperiksaan dlm masa satu bulan sahaja lagi.. Dia sangat cemas dan takut untuk menghadapinya...Apa yg patut dia lakukan? > istikharah supaya diberikan jawapan terbaik ketika menjawab peperiksaan



Banyak bukan kegunaan solat istikharah? kita jangan terlalu sempitkan fikiran: solat istikharah = jodoh.

Kadang-kadang pada pandangan kita sesuatu yg kita inginkan tu baik tp Allah beri sebaliknya dan kadang-kadang kita rasa sesuatu tu tak elok utk kita tapi Allah bagi juga,...sebab Allah berfirman dlm Al-Quran:

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" -Surah Al-Baqarah:216-

Semua aturan Allah ada hikmah di sebaliknya..cuma kita kena rajin sikit untuk mencari apa hikmah di sebalik sesuatu kejadian tu..Selalulah bersangka baik dgn Allah~

-Peringatan untuk diri sendiri juga-

Wednesday, September 14, 2011

Saya budak baru belajar......

Assalamualaikum!


Saya budak baru belajar. Memang sangat baru kot! Rasanya ramai kot yang dah ada blog. Tapi saya ni baru jer terkial-kial nak buat blog. Mungkin sebab ada tujuan.. Dulu tak faham kenapa orang semua nak ada blog. Rasa mcm buat apa nak cite hal sendiri kat orang ramai.. No point. tapi bila dah lama-lama rasanya ada juga keperluan blog ni > menyampaikan sesuatu kat orang yg membacanya. tak semestinya kena cite pasal diri sendiri..




Mungkin kita tak pandai nak bercakap depan org ramai, tak reti nak bermadah mcm org lain yg hebat2, tapi harapnya usaha yg kecil ni untuk menulis sesuatu yg bermanfaat pd org lain berhasil...Allah tak tengok pada hasil tp pada usaha kita, sejauh mana kita berusaha utk sampaikan ayat-ayat Allah pada org di sekeliling kita. Setiap dari kita ada kelebihan masing2...gunakan kelebihan kita ke arah kebaikan~ jangan salahgunakan pulak... 




Harapnya apa yg ditulis di blog saya di masa akan dtg dapat memberi manfaat kpd org lain... 
Hidup mesti ada matlamat!
Sekian dahulu utk first post ni.
~Insan biasa yg nak jadi luarbiasa...er?

Curah Isi Hati Tentang Blog Ini


ShoutMix chat widget